Tuesday, July 28, 2015

Bebel bebel

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya uols!

Dah raya ke-12 dah weh, hahaha tak kisahlah. Kate orang Joho kan, raya sebulan peh. So, my hari raya was fine, smooth and yang paling penting, less moody & less drama. Drama sikit sikit tu biasa ler, tak rayer ler kalau tak drama. Like previous hari raya (25th raya already), last day berbuka kat rumah nenek, rewang rewang kejap lepastu cabut balik rumah. Pagi raya baru datang balik, ni lah untungnya bila rumah dekat dekat. Family's theme this year is green, yeayyy my fav colour.

Skip cerita raya--

Banyak sebenarnya benda nak share tapi nak karang plus nak tapis untuk kesesuaian tontonan umum adalah sangat payah eh. Lemme start with BAD DECISI0N. Me my self with bad decision adalah macam saka, tak boleh dipisahkan and selalunya something yang kita tahu benda tu akan menyusahkan but still taking risk. Dah nama pun Ain kan, tak buat salahsilap tu memang tak sah. Tapi being this kind of person makes me more matured and have some experience to share with people around me.

Everyone have their own history, either the bad ones or the beautiful ones. Kita ni manusia biasa jer, memang selalu sangat buat benda bodoh tapi kena sedar diri, jangan lah ulang balik and become a better person after that. Tapi pulaknya ada segelintir manusia ni lupa, lupa yang dia pun pernah buat silap, lupa yang dia pun ada bad history, lupa yang diri dia tu manusia biasa jugak. Duk sibuk canang sini sinun pasal history orang, duduk cucuk sana sini. Hari raya ni cheq, baru semalamnya hang duk salam peluk nangis mintak maaf, harini hang duk mengata pasal orang tu. Doa yang terbaik sudahlah.

Jangan sampai satu hari nanti, ada orang singkap sejarah silam kelam hang tuu!

0k tutup cerita hat tu. Next! Still pasal bad decision. Pasal budak budak hingusan zaman sekarang ni. Duk sibuk bercinta sana sini sampai tolak mak bapak semata mata nak mempertahankan cinta monyet. Yang si boboy, SPM pun tak amek lagi, pegi sekolah pun malas tapi sibuk nak amik nak hantar anak dara orang. Yang si gegirl pulak, nak kata desperate, umur baru 18tahun, nak kata takde rupa, aku tengok boleh tahan jer tapi yang pilih bf tak abis spm plus malas pegi sekolah ngapelaa deknon oi. Bukak bukak la mata, cari lah yang habis sekolah, yang berkerja.

Bf dia tu dah lah tak amik spm lagi, pegi sekolah pun malas plus dah malas sekolah tu, pegi lah kerja, tidak jugak. Habis tu macamane bercinta tu? Bukan ke bercinta ni nak gi dating, nak belanja movie, karok, top up. Haihh setakat bf macamni kau sanggup gaduh dengan bapak kau terok terok, berbaloi ke? Jangan esok lusa bila kau dah reti  fikir, baru nak tergadah menyesal tiada gunaaaa.

No, aku bukan materialistik tapi aku realistik. 

Next! Bad big decision. Marriage is the most big decision you will ever make in your entire life. Bukan main main. Bukan harini kawen, esok clash, cari suami/isteri baru. Bukan harini gaduh, esok nak break sekejap. Nope. Marriage is all about commitment. Yes aku belum kawen but I have family and friends yang dah kawen. Plus aku jenis manusia yang reti nak observe plus kita pilih benda betul instead pilih benda salah. Untuk nasihat benda benda betul & benda positive, I dont have to be a married woman to giving +ve advises. Simple as that.

Plus before kawen tu, tak pikir masak masak ke? Ke sebab tengok semorang kawen, kau nak kawen. Benda ni bukan untuk orang lain, its for my own self jugak, esok lusa nak kawen pikir lapahpuluhribukali. Betul ke nak kawen, betul ke boleh hidup sesame sampai bongkok tiga, betul ke boleh commits towards each other even theres so many problem we will be facing in the future?

"Love doesn't just sit there, like a stone, it has to be made, like bread; remade all the time, made new." - Ursula Le Guin

Dah penat bebel, nak bayar berapa nih?

Hasta manyana!


Monday, July 13, 2015

Mash-up

Assalamualaikum.

Since forever dah tak update sini, moh la kita start balik. Rasanye belum terlambat lagi nak wish Salam Ramadhan. Even lagi 5 hari nak syawal dah. Atleast ada jugak la post untuk Ramadhan tahun ni. Everything was fine and on going. Emo sane sini biase la tuh. Ramadhan tahun ni rase macam aku dah tua sangat, ntah. Raya pulak memang dah 2-3 tahun ni no more raya mood. Raya untuk kanak kanak je kot. Ke perasaan aku je?

Ni aku nak share, FB post (emo post) :

Meleis sangat.
Bila guna 'iftar' instead berbuka hilang kemelayuan. Bila pakai jubah katenyer nak jadi arab, takut kemelayuan hilang didunia, Hang Tuah pun tinggal nama je kat dunia ni dik. Nasib baik Jebat ade lagi kat Astro Mustika. Bila orang lagi pentingkan kemelayuan dari keislaman.

Meleis sangat.
Bila wombat disangka babi. Eh xboleh sebut babi, khinzir lagi elok. Bila tanda salib tiba tiba muncul dimana mana, di pagar, di baju raya. Katenyer benda sedemikian rupa mampu menggugat keimanan seseorang. Sampaikan salib di gereja pun terpaksa diturunkan.

Meleis sangat.
Bila part nak jatuhkan melayu sendiri, dia no 1. Instead of tegur diorang lebih suka kutuk. Padahal rasa iri hati mengatasi segalanya. Bila serbanistas kate xboleh panggil 'mummy', dikatakan maksud binatang disebaliknya. Bila dulu kononnya lagu 'Gangnam Style' dikatakan mengutuk Nabi Muhammad, nak jadi yahudi yada yada. Tu belum sentuh part dubmash & aiskrim pasu.

Tapi bukan semua melayu, meleis kan. Se-dua-tiga-gelintir je kan. Selamat bersungkai, eh karang orang mengata pulak konon nak jadi Sabahan.

For sure ramai dah baca pasal, Astro Awani posts on FB, pasal Arabnism kat Malaysia bikin kemelayuan hilang. Macam aku dah bebel kat atas tu, ni semua issue basi yang tak patut jadi issue pon. Bazir mase. Plus last 2 day, kecoh pasal Lowyat. Melayu jugak tu. Issue racism lagi. Whatevs malas dah aku nak layan. Bace buat hilang bosan boleh la. Basii.

Tu je nak update. Selamat Hari Raya uols !

Hasta manyana !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BukanPrincess Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork