Showing posts with label Eat/Food. Show all posts
Showing posts with label Eat/Food. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

Another Year, Another Cake

Assalamualaikum.

Since I realize that people dont read blog anymore, I think I dont have post more frequent. Aku sendiri pun dah tak selalu blogwalking, semua fav blogger pon dah tak selalu post. Yang gigih post every two days tu memang respect okay. Nowdays dah banyak medium untuk share your writing like facebook, twitter and kadangkadang wechat. But seriously, the feel tak sama like how we wrote in blog. No limit words, space and reader.

Haiyoo, bebel pasal orang tak baca blog pon dah se-perenggan.

3 days ago was my birthday and automatically my mom's too ! Happy birthday Mak. Nothing much, just hi tea on the evening for 2 slide SR cakes and at night, Angah bought pizza and ice cream cake! Yeayyy. Dah lama tak celebrate with Mak on the actual date. Yelah dulu masa belajar for sure ade kat Muadzam and last 2 years kat Kl. Anddd pagi tuu awkward sangat nak wish kat Mak. But like always, pelakon hebat katenyerr, relaks je. Lepas mandi terus peluk mak and wish.

Kemain Mak, malam mase potong cake die pakai jubah. Iols dengan baju kelawarnya ditambah dengan cardigan sejibik macam bibik. Thanks Angah !







Thursday, April 26, 2012

I Love Sushi !

Assalamualaikum.

#Old

Lately some of my peeps at Uni talk about their Japan subject, their project, presentation and so on. Terus mengidam Japan food lah kan. Sushi ! I'm dying for sushi. Lately ni craving for macam macam. Paling latest, BUTTER PRAWN. Damn lah kan, for sure at Muadzam 'terchinta' ni payah sikit nak puaskan nafsu serakah naga aku ni ! Sabar, Ain. Habis je final, balik then pulunlah habishabisan. HAHA !

Location : Sushi King, KluangMall
Date       : May 2011










notatumit : Damn I miss Japan food ! Lapaaaaaa..

Friday, April 6, 2012

Lunch

Assalamualaikum.

Katenyer Pantai Timur sekarang tengah musim tengkujuh, means asyik hujan then pabila dilanda kesejukan, perut pulak asyik lapar je. Haish takboleh jadi. Pagi tadi dah makan jemput2 segera, Cucur bawang ADABI. Cucur je, buat alas perut bolehlaa.

So around 4pm tu, ke dapurla kita. Jadi Master chef. Hajatnya nak masak mihun goreng but unfortunately mihun habis. So korekkorek apa yang ada kat dapur, memasaklah kita :)


Spagethi Cheese & Herbs ! Bon Appétit !



notatumit : SELAMAT MAKAN :)


Saturday, January 28, 2012

Halal Vs Haram

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan Fakta 2007:-

1.RESTORAN TERSEBUT TELAH MENDAPAT PENGESAHAN JAKIM :
i) McDonald
ii) A&W
iii) Secret Recipe

2.Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
i) Victoria Station
ii) Kam Lun Ta
iii) Lotus Family Restoran 
3.Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
i) San Francisco Steakhouse
ii) Kiwi Express

4.Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
 Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.


 Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


notatumit : Check your favorite place ya peeps !

Monday, January 16, 2012

Lokan

Having Asam Pedas Ikan Merah + Lokan Sambal Ijo for dinner. Yummies ! Helloo kat Muadzam takdapat tau :) For who yang taktau or tak kenal lokan tu ape, meh sini, Cikgu terangkan :P

Ini sebelum di masak, luaran :)

Ini setelah di rebus, tuu isinya :)

Ini setelah ditumis dengan cili padi, Yummy ! :D


notatumit : Nice, updata makanan je cuti cuti ni :) Thanks Mr Google !




Wednesday, January 11, 2012

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum. 


Heaven kan, Dominos for lunch, Burger King + DD for dinner. Actually, tengahari tu takde orang pon kat rumah, nak masak? Ouch malaslah ! So dah alang-alang on9 24/7 kan, bukak Dominos, then boleh buat order online + set timing masa nak hantar. Bagusnya En Dominos ni, I lap yu more. But yu so mahal, cannot lap everyday lah ! So around 1pm ++, tummy so buat konsert rock, order la terus but belum mandi, so letak timing hantar 3pm. Mandi then tunggu orang meminang  hantar pizza :)

HAHAHAH !

I choose different side of topping ! NICE ! YUMMY... 

Weee :)


For dinner pulak, tunggu mummy pulang, sambil sambil on9, mummy masuk dapur then jerit 'Princess Ain, meh makan'.. Jalan ke dapur dengan hati berbunga bunga. Weee.. Sekali.... Jenggjenggjengg............ 






Ouchh Thanks mummy, Errkk ALHAMDULILLAH :)



notatumit : Blurpppp !

Sunday, December 4, 2011

Mengidam

Tau la aritu dok main main kat Tasik Duyung Dayang Bunting, masing masing mengidam makan spagethi,sok memasakla kami Ujie :) Beli2 barang sume, lepas magrib, bersilatla kat dapur la luas tue.

Jeng jeng jengggg..

Yummiess..

bon appetit !

Thanks Ujie ! :)



notatumit : cik Mayakemboja, sila meleleh :)

Saturday, December 3, 2011

Brunch = Breakfast + Lunch !



notatumit : bujang kan.... :)

Wednesday, May 4, 2011

KFC Delivery

Hey Gorgeous !


I bet u all mesti shock kan tengok title atas nuu.. If u all terkuzut, apatahlagi si pemalas ini kan :)


INI BUKAN COBAAN, INI BETUL BETUL. .


Haha, for sure ingat dialog ini kan. Haii malas aku nak bebel-bebel. KFC sudah buat delivery service ! YEAHHH ! Betul la.. Ini buktinya..







but, itu advertisement kat KLUANG lah.. Tiba tiba lepas shopping tadi, nak singgah makan KFC, then kat pintu ada ini. So hebatlah Kluang sekarang. Sungguh bangga menjadi Kluangrean :)

Haha poyo je, makin malaslah customer untuk keluar, hanya dail  07- 7732241 then snack plate 1 :)




notatumit : heboh&kepoh :)

Friday, April 1, 2011

Mari memasak II !

dari mengadap keboringan yang melanda, ni lah aktiviti2 yang boleh dijalankan. malam tadi aku masak LONTONG GORENG.. haha, before masak already call the best chef in my world, MUMMY ;)
salin2 recepi then tinngg... mulakan proses memasak !

resepi die sama je macam nak masak nasi goreng but ni tak masuk nasi, masuk lontong. FYI, lontong = nasi impit :) ramai yang pelikkan, lontong selalu dimakan berkuah, but ini adalah lontong goreng :)


mula2 tumis bahan bahan yang di tumbuk


ini lah hasil semasa menumis, siapakah ini ? jennngg jengg jenngg..


danish imman a.k.a kudot

D : eei ! masak ape ni? benci lah ! buat hidung danish tersumbat je
A : haha, padan muka !
D : tak payah la masak lagi !
A : :-)


ini selepas masukkan nasi impit :-)


budak kebulur, makan nasi goreng kicap !


notatumit : nantikan masakan masakan yang lebih komprehensif ok ! :-P



Thursday, March 31, 2011

Mari memasak !

Okay, ni 1st portion yang aku masak untuk cuti sem 2 nih ! SAMBAL SARDIN ;-)


memang kaw2 punyer ! huhu :)

meh aku share recipe sambal sardin aku ni k :-)

BAHAN :

- 1 tin sardin ( besar )
- segenggam cili padi
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bwang putih
- sedikit halia
- air asam jawa
- garam, gula

CARA CARA :

1. Cili padi + bawang putih + bawang besar + halia = ditumbuk lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk.
3. Selepas kekuningan, masukkan air asam jawa.
4. Selepas mendidih, masukkan sardin.
5. Tambahkan garam, gula.
6. Biarkan masak 10minit.
7. Siap !


notatumit : SILA MENCUBA !

Saturday, March 26, 2011

DNA BABI & KLUANG RAILCOFEE




SIGHHH -_-


taktau nak komen pe. aku as penduduk tetap kluang pon taktau nak komen pe. dah tak terkira dengan jari, banyak kali lepak minum situ.. ishhhh but what to do, bak kate matsalleh :|

hope this info, will be sharing to all. tak kisah la orang johor ke, melaka ke, kelantan ke !
jangan dah tau but gi lepak lagi,memang menempah maut la. hilang 1 kebanggaan KLUANG :-(


notatumit : I'M STILL LOVE YOU, KLUANG!!!! :-*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BukanPrincess Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork