Sunday, May 12, 2013

Dr. Love?

Assalamualaikum.

Hi peeps,

Weekend ini hanya melepak dirumah saja, still cepat je masa berlalu, macam 'Eh, esok dah isnin, dah kena kerja'. Alahai time goes faster lately ni. Sampai tak terkejar pulak. Last week, whole week busy semacam, tak cukup tangan kaki semua. Seriously, time time macam ni lah rindu rumah kat Kluang, rindu time time belajar dulu, rindu ahhhh!

Ok2 focus untuk post kali ini!

Dr. Love? Who's Dr. Love? Dalam post kali ni aku lah Dr. Love tapi part time saje, tolong kawan kawan. Siapa la kita kalau payah sangat bagi pertolongan, ye ke dak? Seriously, terdetik dalam hati, bullshit aku boleh jadi Dr. Love, masalah cinta sendiri pun tak terungkai. Ini kan pula mau selesai masalah orang. Macam omputih cakap, practice make perfect, tapi situasi aku sekarang ini, bukan practice but advice. Atleast, my advice could make someone feel better right?

For my friend situation, dia dah tersepit. Antara perasaan dan kawan, masa awal awal dia story aku pun macam nak ter'judge dia but still aku kena jadi orang tengah, bukan main dengan emosi sendiri. Amik yang positive, kau tak perlu korban perasaan dan korban kawan. Serabut kan? Siapa suruh main dengan api?


Nasihat aku satu, tanya pada diri sendiri. Kalau kau rasa kau takboleh lupakan A, lepaskan B dengan cara elok. B tu kawan, jangan sampai tindakan kau boleh putus kawan dengan si B. Haha. Aku pun taktau nak leraikan macam mana. Still both keputusan kau, aku respect bro. Kau matang, macam abang2, sebab tu aku sayang ko, Dan!



notatumit : Semoga advice aku bagi kesan kat kau,  Dan!



Wednesday, April 17, 2013

Kau kata, aku kata

Shared from #terfaktab

Kau kata kau anggap aku kawan,
 

Tapi bila hp kau berbunyi tanda incoming call kau tak nak angkat. Sanggup tukar mode vibrate. Hp kau vibrate macam nak meletup pun kau buat tak endah. Bila suruh jawab call kata benda tak penting. Dari vibrate kau change mode silent lepastu masuk hp dalam poket. Langsung tak menganggu hal kita.

Kau kata kau anggap aku kawan,

 

Tapi bila on the phone kemain menyorok. Kalau boleh nak duduk dalam almari. Bila kantoi dengan aku tengah gayut sanggup campak hp ke celah kangkang. End call macam tu je. Bila aku bukak pintu kereta, kemain pucat lagi muka kau. Kalau lempang time tu sure bentuk tapak tangan tu jelas. Kemain berubah muka kau. Kenapa tah.

Kau kata kau anggap aku kawan,

 

Tapi bila whatsapp, text masuk berduyun-duyun kau tak reply. Kau biar macam tu je. Bila aku kata kenapa tak reply, kau diam. Kau tukar topic.

Kau kata kau anggap aku kawan,

 

Tapi bila aku mintak hantar sana sini kau ikut je rentak aku. Sampai pihak lagi satu ajak keluar pun kau tak pergi. Kau bagi alasan ada kerja. Padahal kau keluar dengan aku tu bukan hal kerja.

Kau kata kau anggap aku kawan,

 

Tapi bila nak decide benda yang important, kau cari aku. Kau bukan minta pendapat aku, tapi macam mintak izin. Sampai satu tahap bila aku kata tak payah pergi, kau tak pergi. Bila aku kata benda tu okay, kau buat. Bila aku tanya kenapa nak tanya aku sebab itu soal hidup kau, kau kata saje.

Kau kata kau anggap aku kawan,


Tapi balik keje selalu jugak kau whatsapp aku. Tak cukup kat office, sambung menyakat kat whatsapp. Kekadang aku baru selangkah masuk rumah, whatsapp kau masuk. Memalam buta kalau aku whatsapp pun kau reply. Walaupun aku rasa kau ni bukan kaki melayan benda-benda macam tu.


Kau kata kau anggap aku kawan,


Tapi semua benda yang kau buat tu tak macam kawan. Lebih dari kawan. Aku tak bodoh nak beza layan kawan dengan layan orang lebih dari kawan.






Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila nampak kau on the phone, berasap jugak kepala aku. Panas jugak hati aku. Rasa macam nak rentap hp kau baling time tu jugak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila ada incoming call kat hp kau, aku pura-pura suruh kau jawab. Padahal dalam hati menyumpah seranah sebab sibuk kacau masa kita. Celaka apa tak reti nak call time lain ke.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila text dengan whatsapp masuk kat hp kau, aku jeling-jeling jugak tengok apa yang tulis. Nampak jugaklah sebarang dua ayat. Sakit hati tu jangan cakap.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi malam-malam bila bosan aku whatsapp kau jugak. Macam kau buat ke aku bila balik keje. Walaupun aku tahu kau kat luar dan whastapp aku tak delivered, tapi aku bodoh jugak pegi whatsapp. Pehal tah. Kau pun tak kira pukul berapa kau sampai rumah, whatsapp aku yang tadi aku hantar baru masuk ke hp kau, kau still reply. Aku pun kekadang dah membuta time tu. Haha.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi aku curi-curi jugak geledah hp kau. Tengok contact list, phone log, whatsapp, inbox dan segala macam benda yang boleh aku tengok. Berderau jugak jantung aku bila bukak.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi bila kau takde depan mata, tercari-cari jugak aku. Otak dah fikir ke lain je. Padahal kekadang kau membuta tak bangun lagi atau kau ada kerja luar.

Aku pun kata aku anggap kau kawan,

Tapi cara aku layan kau pun kekadang tak macam kawan. Dan aku pun tahu kau tak bodoh sampai tak boleh beza layan kawan dengan lebih dari kawan cemana. 

Kau kata kita kawan. Aku pun kata kita kawan. Tapi kita tak macam kawan. Bila orang tanya, kita kata kita kawan. Walaupun orang luar dapat agak dan tahu, tapi kita jawab macam diorang tu bodoh. Kita pun kekadang macam bodohkan diri sendiri. Sebab dalam hati cuma kita je tahu, kita ni kawan ke lebih dari kawan. Cuma kita tak tahu macam mana nak rungkai perasaan tu. Sampai satu masa kita ikut macam omputih kata, go with the flow. Mungkin macam kita dua pernah cakap,


Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takde, kita redha.


Sunday, April 14, 2013

Long Journey

Salam.

Hi peeps!

Dah bosan asyik mengeluh lama tak update kan. So now, takpayah mengeluh bagai, terus je storymory kan. Alhamdulillah, currently I'm staying at Damansara. Still dalam contract internship, walaupun report semua dah settle submit last week. And Insyallah aku akan terus kerja kat company tu. May everything gonna be okay. Hopefully!

Life kat sini okay, sama je mana-mana pun tapi yang sedihnya sebulan sekali je balik Kluang. Dulu masa study everyweek shoot balik Kluang, sekarang, hmm. Rinduu Kluang. Chill Ain, orang lain lagi payah, jauh. SABAR. 

Lastweek, dari khamis sampai ahad nonstop traveling. Damansara -> Kuantan -> Muadzam -> Kuantan -> Damansara -> Genting. Letih tapi awesome kan. Taklah bosan sangat hidup. Semalam shoot Ipoh, nice town tapi taktau nak pegi mana. Letih. So harini lepak kat rumah, basuh baju, iron baju, kemas bilik blablabla...


Okla later sambung, Insyallah.


notatumit : Rest rest rest, esok kerja!

Thursday, March 14, 2013

Mimpi

Hi peeps,
 
Sebenarnya takde story sangat pon pasal mimpi mimpi ni, cumanya aritu ada terbaca pasal mimpi, kononnya, kalau kita mimpi seseorang tu, maksudnya dia tengah rindukan kita. Aku pun tak pasti dengan kebenarannya, taktau sama ada betol or saja untuk ayat jiwang pujangga.
 
Lately, I've dreamed of someone, not really someone, some-two-one (read: seorang dua), I'm really really sure, diorang tak ingat pon kat aku. So aku andaikan, fakta pasal mimpi tu, hanya auta semata mata.
 
Alahai, yang pastinya ni sekarang aku rindu sangat hometown, semenjak duduk Kota Damn ni, baru sekali balik Kluang. Tu pun sebab g wedding lecturer. Tu later la story, tak berapa nak rajin mengarang nih. I mish yuuu Kluang Town bebeh!
 
 
Notatumit ; Stress melayan orang tak matang, katenye bertanggungjawab sangat. Grrr

Friday, March 1, 2013

Wasted !

Hye guys.
 
This post gonna be such a annoying post.
 
 
Hmm..
 
 
 
4 years 3 months 14 days
 
Its just a number but I'm wasting my time for that number. Nie semua ketentuan Allah, I should be more stronger. I know the time its coming. So alhamdulillah, am prepared well. Just like typical phrases, everything gonna be ok, but for me even everything gonna be okay, thing will be so different.
 
Sumpah, I'm not regret at all with my decision. Back days or even now.
 
Semua benda nie yang ajar aku untuk jadi lebih matang, lebih kuat, lebih bijak untuk buat keputusan. Aku tak menyalahkan takdir, cuma tetapkan dalam hati, semua yang berlaku ada rahmat. Dah takde jodoh. He's deserve better, so am I. Now, cuma doa je yang boleh/bakal aku titipkan. Tak lebih tak kurang. Semoga aku tabah.
 
Widget kat bawah ni pun tunggu mase untuk dibuang, if today is counted, our relay dah cecah 4y 3m 3w 5d. Masa hanya tinggal masa, dah berakhir dah pon. Doakan aku jadi positive. Aminnn..

Halalkan salah silap..
 

 
 
 
notatumit : the one that got away-katy pery
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BukanPrincess Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork