Wednesday, March 30, 2011

Blood Donation



MITOS : BERAT BADAN BERTAMBAH


Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru. Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.
Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.
“Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan. “Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah,” katanya.
Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.
“Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari,” katanya.

JANGKA hayat darah agak terhad iaitu 42 hari, manakala platelet darah hanya lima hari.


Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. – Bernama
credit : cosmo.com.my

i've done my donation & it's success :) can't wait to donate again. 


notatumit : my blood type = O ( love to be O group ) :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BukanPrincess Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork